Kelas Advokasi

7 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang perlu dan pentingnya Advokasi. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 7 peserta lelaki dan 3 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Pada sesi kelas petang itu, PI Rantau Panjang mengajak peserta-peserta yang hadir menonton beberapa video Advokasi dari MCMC. Antara video yang dipertontonkan adalah 5 video Identiti Palsu, Buli Siber, Oversharing, Maklumat Palsu, Penipuan Kewangan. Dalam pada itu juga diperkongsikan tentang slide dan penerangan Sexting, Pengantunan Dalam Talian, Pengawasan Kanak-Kanak Dalam Talian, Ketagihan Internet dan Peranan Ibu/Bapa. Kemudian sesi soal jawab dalam bentuk Kuiz diadakan bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan tajuk Advokasi petang tersebut.

Impikasi daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi ini. Apa yang kami harapkan agar mereka dapat mengawal dan membawa diri mereka dalam era teknologi ini.

#KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali